Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karnival UTB erat silaturahim

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Karnival Universiti Teknologi Brunei (UTB) Usrah anjuran ExCo Publisiti dan Info-Komunikasi Teknologi Majlis Perwakilan Pelajar UTB sesi 2018/2019 pagi tadi membuka tirainya di Dewan Serba Guna dan Bangunan Kejuruteraan UTB.

    Hadir bagi menyempurnakan perasmiannya ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UTB, Dr Haji Rajul Adli bin Haji Asli.

    Sepanjang karnival yang diadakan selama sehari sehingga 5 petang itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya pameran aktiviti kokurikulum (CCA), permainan dan cabutan bertuah, kempen amal, pameran filem UTB, UTB Got Talent, pertandingan e-Sukan, jualan makanan dan minuman dan sebagainya.

    Karnival UTB Usrah yang diinspirasikan daripada perkataan Arab, usrah yang bermaksud perkumpulan melibatkan kegiatan agama diharap akan memberikan peluang kepada ahli keluarga UTB untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Pada masa yang sama juga ia meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan para pelajar yang mempunyai minat dalam bidang perusahaan.

    Dr Haji Rajul Adli semasa menyempurnakan Karnival UTB Usrah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda