Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kartel dadah Mexico disenarai kumpulan ‘pengganas’

    WASHINGTON, 27 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata dalam satu temu bual yang disiar dalam talian semalam bahawa beliau merancang menyenarai kartel dadah Mexico sebagai kumpulan pengganas.

    Tindakan itu diambil selepas Trump menggesa ‘perang’ dilancarkan ke atas kartel pada awal November apabila sembilan wanita dan kanak-kanak dari komuniti Mormon di utara Mexico terbunuh dalam kejadian tembakan. Mangsa adalah rakyat AS-Mexico.

    “Saya tidak mahu berkata apa yang akan saya lakukan, tetapi mereka akan disenaraikan,” kata Trump.

    Beliau menambah: “Saya akan menyenaraikan kartel, sudah pastinya. Saya telah menimbangnya dalam tempoh 90 hari lalu.

    “Penyenaraian bukan senang, anda perlu melalui proses dan kami sudah memulakan proses berkenaan.”

    Pihak berkuasa Mexico bertindak cepat, dengan kementerian luar berkata ia telah menghubungi pegawai AS ‘untuk memahami makna dan skop kata-kata berkenaan.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda