Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kartina Aziz tidak hidap angin ahmar

    Pelakon veteran Malaysia, Kartina Aziz akhirnya tampil menjelaskan salah faham mengenai kesihatannya yang dilaporkan menghidap angin ahmar.

    Memetik laporan mStar, Kartina yang popular menerusi watak Mami Jarum, 69, berkata selepas membuat pemeriksaan lanjut beliau dimaklumkan sihat oleh doktor yang merawat.

    “Saya nak perbetulkan mengenai mild strok. Waktu itu semua orang macam tersalah.

    “Sebenarnya sewaktu saya buat pemeriksaan tiba-tiba doktor cakap mungkin mild tapi bila buat pemeriksaan yang lebih terperinci tak ada simptom langsung,” katanya.

    Kartina menjelaskan perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada kelmarin.

    Beliau bagaimanapun bersyukur apabila ramai yang mendoakan kesihatannya semasa mendengar khabar tersebut membuatkan beliau sihat sehingga sekarang.

    Katanya, beliau ketika ini masih lagi mampu bekerja dan bergurau dengan rakan-rakan.

    “Tapi bagus juga mungkin waktu itu masing-masing berdoa untuk saya. Terima kasih yang mendoakan saya… sampai ke hari ini saya sihat.

    “Alhamdulillah, syukur. Saya masih boleh terus bekerja… jumpa orang dan bergurau,” kongsinya.

    Pada tahun 2019 lalu, sebuah portal hiburan melaporkan Kartina menghidap mild strok dan ditahan di Hospital Sungai Buloh selama beberapa jam.

    Bagaimanapun selepas pemeriksaan lanjut dirinya dibenarkan keluar. – mStar

    Kartina Aziz syukur dirinya masih boleh bekerja. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...