Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Sukarelawan Belia yang mengendalikan bantuan catuan makanan melakar sesuatu yang comel pada beberapa kotak bantuan makanan kepada orang yang dikenakan Arahan Kuarantin (QO). Lakaran kartun terkenal seperti Spongebob, Powerpuff Girl dan banyak lagi bukan sahaja sekadar lakaran kosong, malahan membawa nasihat kepada orang yang dikenakan QO.