Jumaat, 21 November 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karya Afgan lebih matang selepas bereksperimen

    KEMBALI tampil dengan album baharu berjudul Retrospektif, penyanyi Afgan berkongsi perasaan peribadi bersama peminat dengan pendekatan lebih intim dan jujur.

    Bukan itu sahaja, kemunculan kali ini juga sebagai tanda ‘kepulangan’ selepas lama tidak menghasilkan album penuh bahasa Indonesia.

    Kata Afgan juga, semua lagu dalam album turut dihasilkan dengan sentuhan peribadi selepas mengambil masa lama bereksperimen.

    “Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi menjadi cara memahami perjalanan yang membentuk diri dari aspek kehidupan mahupun pengalaman muzik.

    “Selepas bertahun-tahun bereksperimen, saya ingin kembali ke akar yang pernah mendewasakan saya. Tapi kali ini dengan hati yang lebih matang, jujur dan sedia berkongsi cerita,” katanya.

    Retrospektif memuatkan sepuluh lagu yang menampilkan elemen pop dan R&B.

    Proses pembikinannya melibatkan barisan komposer ternama seperti Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Iqbal Siregar, Bilal Indrajaya, dan Rendy Pandugo.

    Sebagai seorang penerbit, Petra Sihombing akui melihat perjalanan yang cukup bermakna sepanjang Afgan bekerja keras menyiapkan album ini.

    “Saya menyaksikan seseorang melalui proses pencarian itu adalah perkara yang sangat indah. Tenaga itu yang buat album ini berasa sangat peribadi kerana kita tidak tunggu inspirasi datang, tapi mencarinya bersama,” ujarnya.

    Single pertama Kacamata yang dilancarkan lebih awal, membuka jalan kepada pendengar untuk mendalami secara keseluruhan album Retrospektif.

    Bukan hanya itu, setiap lagu yang dihasilkan mempunyai jalan cerita tersendiri yang pastinya membuatkan peminat merasa lebih dekat dengan Afgan.

    Retrospektif kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, membawa pendengar menyelami kisah perjalanan, kehilangan dan ketulusan yang menjadi asas karya Afgan. – Agensi

    Retrospektif menampilkan 10 buah lagu baharu yang dijangka hit. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda