Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karya Aina Adriana terpilih ke pameran seni Tokyo

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Delegasi seorang pelajar bersama seorang pegawai pengiring telah menghadiri majlis penyampaian hadiah The 26th International High School Arts Festival (IHSAF) 2025 yang membawa tema A Showcase For The World’s Best Young Artistic Talent yang berlangsung di National Art Centre, Tokyo, Jepun pada 6 hingga 17 Ogos.

    Penyertaan delegasi berkenaan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum di mana Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Dayang Aina Adriana binti Ariffeen, pelajar dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong dan diiringi oleh Pegawai Pelajaran dari Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Hajah Azriah binti Haji Draman sebagai pegawai pengiring.

    Sehubungan dengan itu, hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin, bagi mengucapkan selamat berlayar ialah Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.

    Sebanyak lebih 10,000 karya seni lukisan telah dihantar daripada pelajar sekolah menengah di rantau Asia untuk menyertai acara The 26th International High School Arts Festival dan daripada jumlah penyertaan berkenaan, hanya 500 karya terpilih akan dipamerkan di National Art Centre, Tokyo, Jepun

    Festival berkenaan dianjurkan oleh The International Foundation for ARTS and Culture (IFAC) dengan mempamerkan secara eksklusif hasil karya seni pelajar-pelajar sekolah menengah yang memenangi anugerah dari Jepun dan negara-negara lain dengan tujuan untuk memupuk bakat seni muda serta menggalakkan pertukaran idea di peringkat antarabangsa melalui seni lukis.

    Awang Julaihi serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan bergambar ramai dengan Dayang Aina Adriana dan Hajah Azriah.
    Awang Julaihi memberikan kata semangat dan nasihat kepada Dayang Aina Adriana.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda