Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Karya seni cerminan realiti suram

    Gambar Xinhua

    GAZA – Artis di Gaza yang telah hidup bertahun-tahun dalam ketegangan, keganasan dan kesusahan di bawah sekatan yang dikenakan Israel, telah menarik perhatian seluruh dunia kepada realiti suram yang tidak disedari oleh penonton global.

    Sharif Sarhan, 47 tahun, yang menghabiskan 10 tahun menceburi diri dalam seni, melihat lukisan, fotografi dan arca sebagai alat terbaik untuk mencerminkan realiti di kawasan kecil namun padat dengan penduduk Palestin yang hidup dalam kemiskinan.

    “Dengan pergolakan politik dan ekonomi yang berterusan di Gaza, tidak mudah untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan menentang penyisihan yang dipaksa ke atas kami, sama ada dari dalam atau luar negara,” kata Sarhan.

    Beliau bercakap tentang sekatan Israel yang berpanjangan terhadap per-gerakan penduduk dan barangan ke dan dari Gaza yang telah menyebabkan ketegangan Palestin-Israel meningkat dan krisis ekonomi di Gaza semakin teruk.

    Sekatan tersebut juga mengukuhkan gambaran stereotaip media tentang Gaza sebagai tempat yang penuh dengan ‘penyerang’ yang ganas,” katanya, menambah bahawa beliau cuba mencerminkan realiti tersebut melalui seni untuk menawarkan pandangan alternatif kepada penonton Arab dan global.

    Artis Assaf al-Kharti menghasilkan seni kerja yang dibuat daripada barang kitar semula di rumahnya di kawasan Al-Mughraqa di selatan Bandar Gaza.
    Artis Assaf al-Kharti menghasilkan seni kerja yang dibuat daripada barang kitar semula di rumahnya di kawasan Al-Mughraqa di selatan Bandar Gaza.
    Artis Assaf al-Kharti menghasilkan seni kerja yang dibuat daripada barang kitar semula di rumahnya di kawasan Al-Mughraqa di selatan Bandar Gaza.
    Pelawat melihat karya oleh Sharif Sarhan di pusat kebudayaan di Bandar Gaza.
    Pelawat melihat karya oleh Sharif Sarhan di pusat kebudayaan di Bandar Gaza.

    “Kehidupan di Gaza adalah suram kerana kebanyakan perniagaan, rancangan dan impian tidak dapat dilaksanakan atau dicapai disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas kawasan tersebut. Namun, seperti seluruh penduduk dunia, rakyat Gaza juga merindui kehidupan yang aman dan damai,” kata artis itu.

    Minggu lalu, Sarhan mengadakan pameran lima hari di Pusat Kebudayaan Perancis di Gaza bertajuk ‘Irregular Verb,’ mempamerkan puluhan karya seninya kepada orang ramai.

    Pengarah pusat Perancis, Francois Tiger, memberitahu Xinhua bahawa ‘acara seni ini adalah salah satu daripada puluhan acara yang dilaksanakan oleh Sarhan yang telah melakukan usaha luar biasa untuk mengubah imej stereotaip Gaza sebagai kawasan konflik.’

    Artis yang berpusat di Gaza ini juga mengambil bahagian dalam pameran solo dan kumpulan di Britain, Amerika Syarikat, Jordan, Mesir, dan Emiriah Arab Bersatu, serta di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

    Hamas mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza pada tahun 2007. Sejak itu, Israel telah menguatkuasakan sekatan ketat ke atas wilayah tersebut dan menentang organisasi yang bermusuhan dengan negara itu, sekali gus mencetuskan tindak balas bersenjata dari militan Palestin dengan mengorbankan ramai penduduk.

    Pepecahan dalaman antara Fatah yang mentadbir Tebing Barat, dan Hamas yang memerintah Gaza, telah memburukkan lagi keadaan di Gaza yang sudah menderita akibat kemiskinan, pengangguran, dan ketidakstabilan keselamatan.

    Assaf al-Kharti, seorang artis yang berpangkalan di Gaza dan mengikut jejak langkah Sarhan dalam idea seni, membuat patung dengan menggunakan barang kitar semula untuk menggambarkan masalah yang dihadapi penduduk setempat.

    “Saya telah mula menghasilkan karya seni untuk mencerminkan realiti masalah yang kami alami di Gaza, seperti sekatan perjalanan, masalah pendidikan dan pengangguran dalam kalangan belia, kepada dunia,” beritahu artis berusia 29 tahun itu kepada Xinhua.

    “Kami semua (penduduk Gaza) perlu mengitar semula hidup, harapan dan impian kami daripada peperangan dan sekatan yang dikenakan agar mereka dapat menjalani pemulihan sepenuhnya untuk hidup dengan lebih baik,” katanya.”

    Karya-karyanya yang berlatarbelakangkan kehidupan di Gaza telah dipamerkan dalam banyak pameran tempatan, dan dia dapat menghadiri acara di luar negara secara maya dengan menghantar karya seni ke lokasi untuk dipamerkan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...