LONDON, 9 JULAI – Tapestri Bayeux, karya seni abad ke-11 yang menggambarkan penaklukan Norman ke atas England, akan dipamerkan di United Kingdom (UK) buat pertama kali dalam hampir 1,000 tahun, umum pegawai kelmarin.
Tapestri bersejarah sepanjang 70 meter itu akan dipinjamkan oleh Perancis kepada Muzium British mulai September 2026 hingga Julai 2027 sebagai pameran utama.
Pengumuman pinjaman dibuat sempena lawatan negara Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke UK.
Tapestri yang menggambarkan peristiwa penaklukan England oleh William the Conqueror pada tahun 1066 itu dipercayai ditempah oleh Bishop Odo dari Bayeux, dan telah dipamerkan di pelbagai lokasi di Perancis termasuk di Muzium Bayeux di Normandy.
Setiausaha Kebudayaan, Lisa Nandy menyifatkan pameran tersebut sebagai simbol hubungan sejarah yang dikongsi antara kedua-dua negara. – AP


