Thursday, May 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Karyawan filem terus mengorak langkah di peringkat antarabangsa

    Oleh Lenna N.B.

     

    SEBUAH festival yang terkenal di dunia perfileman dan mempunyai sejarah kira-kira 70 tahun menjadi platform pertemuan bagi para pengarah, pembikin filem, pelakon, penerbit dan sebagainya yang datang dari pelbagai latar dan bangsa.

    Mereka yang terlibat berkumpul di bandar mewah Cannes, terletak berdekatan dengan Lautan Riviera, Perancis demi motif, harapan dan impian yang sama. Festival Filem Cannes kini menjadi festival terpenting di dunia untuk mengangkat industri perfileman di peringkat antarabangsa.

    “Demi mengangkat nama negara, saya memberanikan diri mendaftar dan menghantar salah satu filem pendek saya. Alhamdullillah, karya saya terpilih untuk ditayangkan di sana. Sepanjang kira-kira seminggu, saya mempromosikan filem saya, pada masa yang sama, mempromosikan negara, Negara Brunei Darussalam,” kata Awang Abdul Khabir Zainidi, 30, seorang pembuat dan penggiat filem pendek tanahair.

    Antara karya-karya beliau sebelum ini adalah Bread Dream, Spark, Teluki, Bitunkal, Anggur In Pockland, Vanishing Children dan banyak lagi.

    Tahun ini, bukanlah kali pertama bagi beliau ke Cannes untuk mewakili Brunei kerana kira-kira lima tahun yang lalu, filem pendek beliau yang berunsurkan surealisme berjaya tercalon ke Festival Filem Cannes 2012.

    Bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof dan Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong semasa Minggu Francophonie bagi Kedutaan Perancis.
    Bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof dan Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong semasa Minggu Francophonie bagi Kedutaan Perancis.
    Sesi tayangan filem ‘More Vanishing Children’.
    Sesi tayangan filem ‘More Vanishing Children’.
    Wakil daripada Kuala Lumpur SEA Shorts Festival ketika sesi temu ramah selepas tayangan ‘More Vanishing Children’.
    Wakil daripada Kuala Lumpur SEA Shorts Festival ketika sesi temu ramah selepas tayangan ‘More Vanishing Children’.
    Awang Abdul Zainidi sebalik tabir penggambaran.
    Awang Abdul Zainidi sebalik tabir penggambaran.

    Penyertaan beliau pada tahun ini ke Cannes, sebagai penggiat filem pendek ternyata merupakan satu lagi rekod kejayaan beliau dalam industri perfileman.

    Melepasi sesi penilaian

    Menurut Awang Abdul Zainidi, Festival Filem Cannes adalah peluang untuk penggiat-penggiat filem pendek untuk menampilkan hasil tangan mereka ke peringkat antarabangsa.

    Melalui laman web rasmi Festival Filem Cannes, para pembuat filem boleh menghantar filem mereka dan mengisi borang pendaftaran. Seterusnya, setiap filem yang telah dihantar atau dimuatnaik akan dinilai secara professional oleh juri-juri Festival Filem Cannes, antaranya adalah Cristian Mingiu, Penghasil Filem kelahiran Romania, selaku presiden kepada barisan juri-juri; Clotilde Hesme, seorang pelakon Perancis; Barry Jenkins, Pengarah Filem dan Penulis Skrip yang terkenal di Amerika; Eric Khoo, Pengarah, Penulis dan Penerbit Filem Singapura dan Athina Rachel Tsangari, penggiat filem dari Greek.

    Setentunya proses penilaian bukanlah mudah kerana ratusan pembuat filem dari seluruh dunia menghantar penyertaan mereka termasuklah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Georgia, Perancis, Australia, Sweden, Korea, Mexico, Turki, Mesir, Itali, China, India, Taiwan, Hong Kong, Jerman, Romania, Kanada, Qatar, Lubnan dan banyak lagi.

    Awang Abdul Zainidi, adalah satu-satunya wakil dari Brunei yang terpilih untuk menghadiri festival filem tersebut pada tahun ini.

    “Perkara-perkara yang dinilai adalah dari segi kreativiti penggambaran, pengisian jalan cerita, karakter atau pelakon yang membawakan watak dan dari segi keseluruhan persembahan filem. Filem yang baik akan masuk dalam proses pencalonan, dan turut dimuatnaikkan dalam laman web Festival Filem Cannes. Memang sesuatu yang membanggakan untuk melihat tajuk filem saya, nama saya serta nama negara dimasukkan dalam web tersebut bersama pembuat-pembuat filem yang lainnya dari seluruh dunia,” tambah Awang Abdul Zainidi.

    Filem beliau berjudul ‘More Vanishing Children’ bukan sahaja mendapat tempat di Festival Filem Cannes tetapi juga pernah dicalonkan dalam Festival Nimman di Thailand, Festival Filem Pendek di Kuala Lumpur, dan insya Allah akan turut dibawa ke festival filem di London. Ringkasnya, filem tersebut merupakan sebuah dokumentari seram tentang kanak-kanak yang hilang secara misteri dengan menampilkan latar lokasi Daerah Tutong dan Daerah Brunei-Muara.

    Mulanya detik Awang Abdul Zainidi di Festival Filem Cannes bersama penggiat-penggiat filem antarabangsa.
    Mulanya detik Awang Abdul Zainidi di Festival Filem Cannes bersama penggiat-penggiat filem antarabangsa.
    Awang Abdul Zainidi dijemput ke karpet merah sempena 70 tahun penganjuran Festival Filem Cannes selaku satu-satunya wakil dari Negara Brunei Darussalam.
    Awang Abdul Zainidi dijemput ke karpet merah sempena 70 tahun penganjuran Festival Filem Cannes selaku satu-satunya wakil dari Negara Brunei Darussalam.
    Awang Abdul Zainidi bersama seorang artis terkemuka luar negara.
    Awang Abdul Zainidi bersama seorang artis terkemuka luar negara.
    Awang Abdul Zainidi semasa mempromosikan filem beliau sekali gus menjadi wakil tunggal Negara Brunei Darussalam.
    Awang Abdul Zainidi semasa mempromosikan filem beliau sekali gus menjadi wakil tunggal Negara Brunei Darussalam.
    Berpakaian Cara Melayu Di Cannes.
    Berpakaian Cara Melayu Di Cannes.

    Membina rangkaian antarabangsa

    “Objektif Festival Filem Cannes tersebut adalah untuk mempromosikan kreativiti dan kemahiran berkarya di samping membina rangkaian dengan pembuat-pembuat filem antarabangsa. Dalam jangka masa yang panjang, para pembuat filem bukan sahaja saling berkenalan tetapi akan melahirkan kerjasama dalam penghasilan filem yang seterusnya,” jelas Awang Abdul Zainidi.

    Turut menyerikan festival itu adalah aktiviti bengkel-bengkel perfileman, mesyuarat bersama pembuat-pembuat filem, sesi silaturahim dan sesi penayangan filem-filem pendek yang telah dicalonkan. Ada di antara filem yang turut dibeli oleh para penerbit dan pembuat filem yang lainnya.

    “Ia memang suatu sesi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dapat bertemu dan berkenalan dengan pembuat filem dari pelbagai bangsa dan negara kerana kita bukan sahaja berkongsi pengetahuan tetapi membina persahabatan. Ada juga di antara pembuat filem yang mempunyai rasa ingin tahu tentang negara Brunei dan saya, dengan setulus ikhlas sentiasa berusaha memberikan imej yang baik tentang negara saya. Itu memang peranan saya selaku anak Brunei,” jelas Awang Abdul Zainidi.

    Menurut Awang Abdul Zainidi, dari persahabatan dan rangkaian yang dibina juga, beliau mungkin akan bekerjasama dengan penghasil filem dari Singapura dan Myanmar. Paling menyeronokkan adalah apabila beliau bertemu dengan artis-artis terkemuka seperti Adrian Brody, Eva Longoria, Matt Damon dan ramai lagi yang memang berpengalaman dalam industri ini.

    Dengan berpenampilan gaya cara Melayu, Awang Abdul Zainidi berasa terharu dan bangga dapat membawa nama negara di sana selaku seorang penghasil filem.

    Hari penayangan

    Festival Filem Cannes 2017 telah berlangsung selama 11 hari, bermula dari 17 Mei hingga 28 Mei.

    Manakala, filem Pendek ‘More Vanishing Children’ ditayangkan pada dua hari turut-turut iaitu 22 Mei dan 26 Mei, di mana Awang Abdul Zainidi memberikan penerangan tentang penggambaran sebalik filem. Jangka masa tayangannya pula adalah kira-kira 14 minit.

    Poster filem ‘More Vanishing Children’.
    Poster filem ‘More Vanishing Children’.
    Nama negara dan filem telah dicetak dalam buku katalog Festival Filem Cannes 2017.
    Nama negara dan filem telah dicetak dalam buku katalog Festival Filem Cannes 2017.

    Sesi tayangan filem ‘More Vanishing Children’ di Festival Filem Cannes 2017.
    Sesi tayangan filem ‘More Vanishing Children’ di Festival Filem Cannes 2017.

    “Kebanyakan penonton yang menyaksikan filem saya tertarik dengan imej kehijauan hutan Brunei yang saya tampilkan. Mereka berasa terkejut dan kagum bahawa Brunei kaya dengan flora dan faunanya yang tersendiri. Mereka juga tertarik dengan kepercayaan hantu dongeng yang saya timbulkan di sebalik filem.”

    Menurut Awang Abdul Zainidi, kekuatan filem beliau terletak dari segi keanehan dan misteri jalan ceritanya. Siapa sangka, negara yang kecil ini juga, mempunyai kisah misteri hilangnya kanak-kanak berkaitan dengan kewujudan makhluk-makhluk halus yang tidak dapat dilihat dari mata kasar.

    Di samping itu, dengan tema seram, para penghayat filem turut tertarik kerana ia datang asli dari Brunei, sebuah negara yang agak kurang diketahui dari segi industri filemnya.

    Sementara, latar tempat seperti Tutong dan Ukong, sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit bayangan tentang negara Brunei yang kaya dengan khazanahnya di sebalik kemodenan.

    “Dalam dunia realiti atau kehidupan, filem umpama gambaran kepada kehidupan seharian kita. Ia memberikan maklumat dan pengetahuan, malah kesedaran hidup yang mungkin kita telah terlepas pandang. Bagi pengkarya, ia juga adalah platform untuk mengekspresikan diri mereka. Dalam pembikinan filem, saya memang suka membentuk cerita yang aneh. Mungkin, kerana saya sendiri memiliki personaliti yang unik dan tersendiri,” ujar Awang Abdul Zainidi ketawa.

    “Saya merancang untuk membuat penggambaran ‘More Vanishing Children’ yang seterusnya, turut berkaitan dengan keanehan dan misteri,” tambah beliau di hujung temuramah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/