BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, telah berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan lot-lot tanah dan anak-anak kunci rumah kepada seramai 892 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha di Pusat Persidangan Antarabangsa itu dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.
Turut menjunjung keberangkatan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. (Klik di sini untuk berita lanjut)