Wednesday, January 15, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasih Iris Leona terkilan, tiada lagi peluang buat Pahamin Rajab bangga

    Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terkilan tidak dapat bertemu dan memberi pelukan terakhir buat datuknya yang meninggal dunia hari ini, menurut kenyataan mStar.

    Leona, 21, menyifatkan datuknya iaitu Allahyarham Datuk Pahamin Ab Rajab seorang yang sering memberinya semangat dan sentiasa berbangga dengan kejayaan dikecapi selama ini.

    “Seakan-akan tidak percaya datuk sudah tiada di sini, saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini.

    “Terima kasih kerana memberi saya kehidupan yang baik dan sentiasa percayakan saya.

    “Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu membuatkan datuk gembira dan kini datuk sudah tiada lagi. Saya tidak akan mempunyai peluang untuk bertanya sama ada datuk bangga dengan saya.

    “Saya sedih kerana masa kita berdua di dunia ini telah berakhir. Saya harap saya boleh ucap selamat tinggal dan memberikan datuk pelukan terakhir,” katanya.

    Leona berkongsi luahan sedihnya itu menerusi Instagram miliknya dan turut memuat naik beberapa foto bersama Allahyarham.

    Dalam pada itu, Leona berkata, dia bertuah kerana menjadi cucu kepada bekas pengerusi AirAsia Berhad itu dan bersyukur dengan segala yang telah dilakukan oleh Allahyarham kepadanya. – Agensi

    Leona harap diberi peluang untuk memeluk datuknya buat kali terakhir. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda