BANGKOK, 30 MEI – Salah sebuah bank terbesar di Thailand telah membeli majoriti saham bernilai AS$220 juta dalam Bank Indonesia Maspion hari ini.
Perjanjian itu memberikan Kasikornbank, pemberi pinjaman kedua terbesar negara itu berdasarkan aset, 67.5 peratus daripada saham Maspion dan perjanjian dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun, kata pemberi pinjaman Thai dalam satu pesanan teks kepada Bursa Saham Thailand.
Perjanjian dicapai ketika Thailand mencari pelaburan di luar negara dengan ekonomi tempatan mengalami kemelesetan di bawah kadar faedah paling rendah serta bebanan hutang keluarga yang meningkat.
Indonesia – ekonomi terbesar rantau – menjadi sasaran pelabur, dengan firma komersial terbesar dan pesaing Bank Bangkok merebut saham bernilai AS$2.28 bilion dalam Bank Permata dua tahun lalu.
Perjanjian terbaharu itu akan membenarkan Kasikornbank memperluas pengaruhnya di Indonesia susulan keputusan bank pada 2017 untuk melabur AS$20 juta dalam 10 peratus daripada Bank Maspion. – AFP