Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KasperskyOS selesai diuji

    VLADIVOSTOK, 13 NOV – Syarikat keselamatan siber terkemuka Rusia, Kaspersky Lab telah menyelesaikan ujian telefon pintar yang menggunakan sistem pengendalian KasperskyOS yang dibangunkan sendiri untuk mengumpul maklumat bagi pembangunan lanjut, lapor media tempatan hari ini.

    “KasperskyOS untuk telefon mudah alih telah diuji mengikut program ujian makmal, yang terdiri daripada lebih daripada 250 kes ujian,” lapor agensi berita Tass, memetik kenyataan daripada syarikat itu.

    Syarikat tersebut berkata program itu membolehkan pengumpulan maklumat yang diperlukan untuk pembangunan lanjut, yang akan membantu mempercepatkan pengenalan peranti dengan KasperskyOS ke pasaran. – Xinhua

    Gambar TAdviser
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda