Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku

    KOTA KINABALU, 17 DIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.

    Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Siti Mang berkata modus operandi yang digunakan untuk menyeludup 7,010 karton minuman keras pelbagai jenama itu adalah dengan membuat pengikraran palsu pada borang kastam, manakala 28,000 kilogram ayam sejuk beku pula dibawa masuk tanpa memiliki permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

    “Rampasan pertama dilakukan hasil pemeriksaan terhadap sebuah kontena di Pelabuhan Sepanggar pada 12 November lalu. hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan mengandungi 2,500 karton minuman keras yang tidak berkastam bernilai keseluruhan sebanyak RM376,233.

    “Kes kedua diperoleh pada 3 Disember 2024 kira-kira 9:50 pagi, apabila sepasukan pegawai kastam dari Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu menahan dan memeriksa sebuah kontena di kawasan pemeriksaan kastam di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Siti Mang berkata rampasan ketiga berlaku pada 20 November lepas apabila sebanyak 2,010 karton minuman keras jenama berjaya dirampas dengan anggaran nilai RM292,088.24 termasuk cukai yang terlibat di Pelabuhan Sepanggar.

    Beliau berkata rampasan keempat pula melibatkan pasukan penguatkuasaan yang berjaya merampas 28,000 kilogram ayam sejuk beku bernilai RM285,600, termasuk cukai yang terlibat, yang juga cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Sepanggar pada 6 Disember lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda