Friday, December 20, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam Malaysia, Indonesia lancar operasi bersama mengenai narkotik

    JAKARTA, 25 MEI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia (DJBC) hari ini melancarkan operasi ‘Pasukan Petugas Bersama Mengenai Narkotik 2023’ (JTF 2023) untuk membanteras pengedaran dadah rentas sempadan.

    Ketua Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM, Maznan Harron berkata operasi akan memberi tumpuan kepada laluan lintas darat antara Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Kalimantan, manakala laluan lintas sempadan laut fokus di bahagian timur Kalimantan.

    “Kita mengambil tindakan pantas dengan berkerjasama melalui hubungan
    dua hala untuk menyekat pergerakkan rentas negara memandangkan pengedaran dadah semakin dinamik dan berkembang pesat,” katanya selepas mengadakan mesyuarat JTF 2023 di sini.

    Operasi kali kelima selama sebulan bermula 1 Jun membolehkan kedua-
    dua pihak berkongsi amalan terbaik mengenai penguatkuasaan di sempadan dan berkongsi maklumat risikan aktiviti penyeludupan dadah.

    Pelancaran operasi JTF 2023 dilakukan Maznan dan Timbalan Pengarah Operasi dan Pendedahan Rangkaian Narkotik DJBC, Prijo Andono di ibu pejabat DJBC. – Bernama

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia (DJBC) kelmarin melancarkan operasi ‘Pasukan Petugas Bersama Mengenai Narkotik 2023’ (JTF 2023) untuk membanteras pengedaran dadah rentas sempadan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda