Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam Sabah rampas 70kg dadah bernilai lebih RM2.4 juta

    KOTA KINABALU, 21 APRIL – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah melibatkan rampasan lebih 70 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM2.4 juta bagi tempoh 3 Januari hingga 28 Mac lepas.

    Memangku Tugas-Tugas (MTT) Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Saidin Jalaluddin, berkata dalam rampasan pertama pada 28 Mac lepas, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Narkotik Kota Kinabalu, merampas empat bungkusan tidak bernama di Mas Kargo, Kota Kinabalu.

    Gambar Envato

    “Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine. Jumlah keseluruhan barang kes adalah 71.719kg yang dianggarkan bernilai RM2,295,008,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau berkata, bagi kes kedua pula, JKDM Sabah menyita satu bungkusan di Pos Aviation Kota Kinabalu pada 1 Mac lepas.

    “Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan tersebut mengandungi barangan yang disyaki dadah jenis Ketamin. Jumlah keseluruhan barang kes adalah 434 gram yang dianggarkan bernilai RM86,800,” katanya.

    Saidin turut memaklumkan bahawa rampasan ketiga dilakukan dalam satu operasi yang dilaksanakan antara 31 Januari hingga 28 Februari lepas. Dalam operasi tersebut, pasukan operasi merampas empat bungkusan di premis Mas Kargo, Kota Kinabalu, Sabah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda