Thursday, January 9, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta

    KOTA KINABALU, 7 JAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 98.33 kilogram dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai RM2.89 juta dalam tiga serbuan berasingan, baru-baru ini.

    Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Siti Mang berkata semasa rampasan pertama pada 28 November lepas, Cawangan Narkotik JKDM Zon Sabah telah berjaya merampas tiga bungkusan dipercayai dadah di gudang Mas Kargo.

    “Apabila diperiksa terdapat hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 60.977 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.95 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata dalam rampasan kedua pada 9 Disember lepas, Cawangan Narkotik JKDM Zon Sabah sekali lagi merampas dua bungkusan di lokasi yang sama.

    “Hasil pemeriksaan terdapat plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 20.201 kilogram dianggarkan bernilai RM696,114,” katanya.

    Siti berkata dalam operasi pada 28 November hingga 20 Disember lepas, pihaknya berjaya merampas 28 bungkusan di Pos Aviation Kota Kinabalu yang mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 17.15 kilogram dianggarkan bernilai RM250,038.30.

    “Modus operandi semua kes berkenaan melibatkan penghantaran dadah melalui parcel dengan jumlah dan kaedah yang tidak mencurigakan sama ada melalui saluran logistik yang sah atau Pos Aviation untuk mengelakkan pengesanan pihak berkuasa,” katanya. – Bernama

    Siti Mang (kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas di Mas Kargo dan Pos Aviation Kota Kinabalu bulan lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda