Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kastam ‘serbu’ Ronaldo

    MADRID, 13 Julai – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah diberikan satu kejutan di atas kapal persiaran yang disewanya apabila beberapa orang ejen kastam Sepanyol menaiki kapal itu, dengan apa yang didakwa oleh pihak berkuasa cukai hanyalah satu ‘pemeriksaan rutin’.

    Bintang Portugal berusia 32 tahun itu sedang bercuti di Pulau Balearic bersama dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan keluarganya, menurut majalah selebriti Sepanyol, Hola, yang awal-awal melaporkan cerita itu.

    Majalah itu telah menyiarkan beberapa keping gambar tiga ejen kastam beruniform tiba dengan bot bermotor sebelum menaiki kapal tersebut untuk membuat pemeriksaan mereka.

    Cristiano Ronaldo telah menerima ‘lawatan mengejut’ dari pihak kastam Sepanyol di tengah-tengah skandal cukainya sebanyak 14.7 juta euro. – AP
    Cristiano Ronaldo telah menerima ‘lawatan mengejut’ dari pihak kastam Sepanyol di tengah-tengah skandal cukainya sebanyak 14.7 juta euro. – AP

    Berita mengenai pemeriksaan itu, yang berlaku pada hari Selasa, menjadi bualan, terjadi selepas hanya beberapa minggu sebelum Ronaldo dipanggil di depan juri, atas tuduhan mengelakkan cukai sebanyak 14.7 juta euro (AS$16.8 juta).

    Tetapi satu sumber di agensi cukai Sepanyol, yang tidak mahu didedahkan, berkata ia hanya ‘satu rutin pemeriksaan kapal yang biasa’.

    “Kami melakukannya setiap musim panas di Pulau Balearic. Ia tidak kena mengena siapa yang menggunakan kapal-kapal persiaran itu, ia berkaitan dengan pendaftaran cukai-cukai bagi syarikat-syarikat carter.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda