HANOI, 31 Jan – Jabatan Kastam bandar Hai Phong di utara Vietnam merampas hampir 1.4 tan tenggiling dan 20 gading gajah seberat lebih 100 kilogram yang disorokkan dalam sebuah kontena dari Nigeria.
Kontena yang didaftarkan membawa muatan kayu itu tiba di pelabuhan Lach Huyen hujung minggu lalu, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan jabatan pada Khamis. Menurut agensi berita Xinhua, Vietnam mengharamkan perdagangan gading gajah pada 1992. Menjual, menyimpan dan mengangkut gading gajah adalah dilarang, sabit kesalahan boleh didenda antara AS$217 hingga AS$2,170 atau dipenjarakan enam bulan hingga lima tahun. – Bernama