TRANSYLVANIA, 2007 – Bekas keluarga kerajaan Romania memutuskan untuk menjual Kastil Dracula di Transylvania, Romania.
Kastil bernama The Bran Castle itu ditaksir berharga lebih AS$135 juta.
Keluarga kerajaan menetap di kastil yang didirikan pada abad ke-14 itu sejak 1920 hingga tahun 1948. Kemudian rejim komunis menyitanya dari Ratu Ileana. Setelah diperbaiki pada akhir 1980an dan diikuti berakhirnya rejim komunis di Romania, kastil itu menjadi popular sebagai daya penarik pelancong yang terkenal dengan nama Kastil Dracula.
Pada Mei 2006, kastil telah dikembalikan kepada anak lelaki Ratu Ileana, Archduke Dominic Habsburg. Lelaki berusia 69 tahun itu membuka kastil itu sebagai muzium sehingga 2009.
Habsburg pernah menawarkan kastil itu dengan harga AS$80 juta, tapi tidak ada seorang pun menerima tawaran untuk membelinya.