Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasuka Ar-Rawda juara Futsal Keputeraan 2024

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Pasukan Kasuka Ar-Rawda berjaya menjulang Piala Futsal Keputeraan 2024 setelah membenam pasukan Deli Kota Meja dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Pasukan Kasuka Ar-Rawda yang juga merupakan pasukan penyandang juara pada edisi lalu, berpuas hati mengekalkan kejuaraan dengan membawa pulang piala rebutan dan piala juara serta hadiah sebanyak $3,000 dan pingat.

    Kecemerlangan pasukan Kasuka Ar-Rawda turut diceriakan dengan kejayaan penjaga golnya, Abdul Azim bin Abdul Rahman, dipilih menjadi penjaga gol terbaik kejohanan.

    Sementara itu, pasukan Deli Kota Meja menerima hadiah sebanyak $2,000, piala dan pingat. Manakala pasukan Arbisham FC, yang menduduki tangga ketiga, meraih hadiah sebanyak $1,000, piala dan pingat.

    Abol Fazl Manouel, penyerang pantas pasukan Deli Kota Meja menerima anugerah selaku pemain terbaik peringkat akhir kejohanan.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Kejohanan Futsal Keputeraan 2024, Shazuwan bin Abdul Sani.

    Kejohanan Futsal Keputeraan 2024 telah disertai oleh 24 pasukan tempatan termasuk pasukan elit dari Sabah dan Sarawak yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

    Kejohanan dwi tahunan ini menjadi salah satu acara bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Shazuwan menyampaikan piala rebutan Futsal Keputeraan 2024 kepada ketua pasukan Kasuka Ar-Rawda. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda