Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasuka Ar-Rawda kekal mantap

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Pasukan Kasuka Ar-Rawda tampil tanpa tekanan untuk menafikan cabaran pasukan BIBD SRC yang terpaksa akur dengan keputusan 2-7 pada persaingan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 di Dewan Serba guna Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

    Perlawanan tersebut menyaksikan sentuhan hatrik pemain import pasukan Kasuka Ar- Rawda dari Iran, Muhammad Reza Rahmannia dan dua jaringan sumbangan rakan senegaranya, Abol Fazl Minouei membuktikan gandingan import itu berjaya membantu dan memberi sentuhan yang mantap buat Kasuka Ar-Rawda.

    Sementara jaringan Awangku Muhammad Naqib bin Pengiran Timbang dan Adee Ismawi bin Mohd Amir Rosdi turut menghancurkan harapan pasukan BIBD SRC.

    Ketua jurulatih pasukan Kasuka Ar-Rawda, Wahyu Triyanto mengakui anak buahnya sudah mantap dengan sistem dan taktikal permainan yang telah diatur untuk membolosi gawang pasukan lawan.

    “Ketika kombinasi pemain-pemain semakin kental, mereka juga kelihatan leka di depan pintu gol sehingga banyak peluang terlepas begitu sahaja” jelasnya.

    Beliau yang juga bekas pemain futsal kebangsaan Indonesia itu sentiasa mengingatkan para pemainnya agar mengelakkan diri daripada terlalu leka dengan kekuatan pasukan ketika ini.

    “Senario ini boleh menjadi masalah kepada pasukan dan ia perlu diperbaiki,” ujarnya.

    Antara aksi para pemain kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut di Dewan Serba guna Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan. – Gambar serahan BFL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda