Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasuka FC juara liga B16

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Pasukan Kasuka FC Bawah 16 tahun (B16) berjaya menjulang piala rebutan kejohanan Liga Bola Sepak Remaja Sport School Hitune 2024.

    Pasukan muda dari kelab Kasuka FC itu melakar rekod cemerlang dengan mencatat tujuh perlawanan tanpa kalah sepanjang kejohanan yang julung kali dianjurkan itu.

    Sementara pasukan Sekolah Sukan B16 yang menjadi pencabar pasukan pendahulu liga bagaimanapun berpuas hati selaku pasukan naib juara manakala pasukan BSRC menduduki tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan piala rebutan dan pingat kepada pasukan yang berjaya pada majlis penutup kejohanan liga berkenaan di Padang Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Berakas, ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat HiTUNE, Dayang Hernah Nur Imani binti Muhd Jeffrey, selaku Pengarah Urusan Liga Bola Sepak YAKIN; Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni, dan perwakilan dari Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam.

    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pengiran Mohd Amirrizal bergambar ramai bersama pemain-pemain Pasukan Kasuka FC B16. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat HiTUNE, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang di kejohanan itu melahirkan rasa bangga atas pencapaian penganjuran kejohanan yang berhasrat untuk mengilap potensi pemain-pemain muda.

    Katanya lagi, “Sepanjang kejohanan, ramai pemain telah berjaya menampilkan potensi dan bakat yang menyerlah, dan kita yakin dengan langkah dan usaha untuk memberi galakan kepada pemain-pemain ini akan memberi impak yang sangat positif kepada perkembangan dan pembangunan bola sepak tanah air.”

    Kejohanan itu juga salah satu cara bagi menyokong usaha FABD untuk melangkah ke hadapan bagi memajukan pembangunan bola sepak negara.

    Lapan buah pasukan yang men-yertai kejohanan termasuk Pasukan Kasuka FC B16, Sekolah Sukan B16, Akademi Bola Sepak Brazil B16, BSRC B16, Sekolah Arab B16, AKSE Bersatu B16 , MSSSBD B16 dan Akademi Bola Sepak DASH B16.

    Kejohanan berkenaan telah ditaja dan diselanggara oleh Kumpulan Syarikat HiTUNE dan Liga Bola Sepak YAKIN serta beberapa anak syarikat HiTune.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda