Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Kasuka FC telah meneruskan usaha mereka merebut gelaran kejuaraan Liga Super Brunei 2023 musim ini selepas mencatatkan kemenangan mudah 8-1 ke atas Jerudong FC di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah semalam.
Pasukan yang menjadi kegemaran utama itu melanjutkan kemenangan mereka kepada lapan perlawanan dan mengekalkan rekod sempurna di puncak liga.
Bintang yang menjadi tumpuan kelab, Adi Said, dan pemain baharu yang menjadi tumpuan, Rosalvo Candido Rosa Junior, mencuri perhatian dengan masing-masing menjaringkan hatrik.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.