Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasuka FC menang bergaya

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja HiTune Sport School 2024 berakhir dengan kejayaan bergaya pasukan Kasuka FC Bawah 16 Tahun (B16) setelah menewaskan pasukan AKSE Bersatu B16 5-0 di Padang FABD, hari ini.

    Kemenangan besar pasukan Kasuka FC B16 itu diperoleh menerusi jaringan hatrik Mohd Eddy Alif bin Sahuali yang meledakkan gol masing-masing pada minit ke-48 dan ke-58 sebelum melengkapkan jaringan menarik pada minit ke-80.

    Sementara itu, dua jaringan awal dihasilkan melalui jaringan menarik Muhammad Ali Adri Rayyan bin Ali Adnani pada minit ke-13 manakala Mohd Hadiman bin Sulaiman turut membantu menceriakan penyokongnya menerusi rembatan pada minit ke-73.

    Pasukan ASKE Bersatu B16 yang kini di kedudukan tercorot liga bagaimanapun berjaya memberikan saingan hebat namun beberapa asakan bahaya mereka kerap kali digagalkan oleh pertahanan kental pasukan Kasuka FC.

    Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak YAKIN itu menampilkan lapan buah pasukan yang berpotensi.

    Pasukan BSRC B16 kini mengunguli puncak liga dengan 10 mata sekalipun pasukan Brazilian Football Academy dan Sports School B16 memperoleh kutipan mata yang sama namun kelebihan jaringan memisahkan kedudukan pasukan tersebut.

    ATAS & BAWAH: Pemain dari kedua-dua buah pasukan semasa beraksi dalam perlawanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN FABD
    GAMBAR SERAHAN FABD
    GAMBAR SERAHAN FABD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda