Thursday, February 13, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kasut Michael Jordan dilelong AS$2.2 juta

    NEW YORK, 12 APRIL – Sepasang kasut yang dipakai oleh bintang NBA, Michael Jordan dilelong pada harga AS$2.2 juta sekali gus mencatat rekod lelongan untuk kasut sukan yang dipakai ketika perlawanan.

    Legenda bola keranjang yang hebat itu memakai ‘Bred’ Air Jordan 13s semasa Perlawanan 2 Pusingan Akhir NBA 1998 ketika memburu kejuaraan NBA keenam dan terakhirnya.

    Jualan dalam talian mengukuhkan kedudukan Jordan sebagai atlet paling berharga di lelongan pakaian sukan untuk disimpan atau dikumpul.

    Ia memecahkan rekodnya sendiri sebanyak AS$1.5 juta untuk kasut, yang dilakukan pada September 2021.

    Tahun lalu, salah satu jersinya dijual pada harga AS$10.1 yang paling banyak dibayar pada lelongan untuk mana-mana koleksi.

    “Keputusan pemecahan rekod hari ini membuktikan lagi bahawa permin-taan untuk koleksi sukan Michael Jordan terus mengatasi semua jangkaan,” kata ketua pakaian jalanan dan barang koleksi moden di Sotheby’s, Brahm Wachter dalam satu kenyataan.

    Jordan memakai kasut itu untuk separuh masa kedua kemenangan Chicago Bulls 93-88 ke atas Utah Jazz pada 5 Jun 1998. Jordan menjaringkan 37 mata tertinggi dalam permainan ketika pasukannya mengikat seri 1-1.

    Pusingan Akhir dipaparkan dalam dokumentari ESPN/Netflix 2020 yang popular ‘The Last Dance’ mengenai musim terakhir Jordan bersama pasukan Chicago. – AFP

    Gambar fail bertarikh 6 April 2023 menunjukkan kasut Air Jordan XIII milik Michael Jordan dipamerkan semasa previu media di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda