Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Katak terkecil dunia ditemui

    5 tahunWASHINGTON , 13 Januari 2012 – Mempunyai suara perlahan seperti bunyi dengungan serangga, katak paling kecil yang pernah ditemui adalah lebih kecil daripada duit syiling dan melompat di hutan hujan pulau tropika Papua New Guinea, kata ahli sains.

    Meskipun kecil, katak ini mempunyai nama yang besar, Paedophryneamanuensis dan Paedophryneswiftorum, kata paling kecil yang diketahui manusia ini juga dipercayai vertebrat paling kecil di Bumi, menurut laporan jurnal sains PioS One.

    Sehingga sekarang vertebrat terkecil dipercayai seekor ikan lut sinar Indonesia yang dikenali sebagai Paedocyprisprogenetica yang panjangnya kira-kira lapan melimeter.

    Vertebrat terbesar adalah ikan paus biru berukuran sekitar 25.8 meter. Katak darat Paedophryneamanuensis mempunyai ukuran panjang 7.7 milimeter atau kurang satu pertiga daripada satu inci, jenis lain yang baru ditemui, Paedophryneswiftorum pula berukuran lapan milimeter.

    Adalah amat sukar untuk mengesan Paedophrynea-manuensis disebabkan saiznya yang kecil dan panggilan mengawan katak jantan yang nyaring,” kata ahli sains Universiti louisiana, Chris Austin, yang menemui haiwan itu.

    “Namun ia adalah penemuan yang hebat.”

    Katak warna coklat dengan bintik kebiruan-putih itu mungkin sudah wujud untuk masa yang lama, di bawah tapak kaki dan hilang daripada pandangan di hutan hujan, memakan mangsa yang lebih kecil atau dimakan oleh pemangsa yang lebih besar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda