Thursday, December 26, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kate Cassidy murung kenang kematian Liam

    Kekasih kepada penyanyi One Direction Liam Payne’s iaitu Kate Cassidy masih belum boleh menerima kehilangan buah hatinya itu pada 16 Oktober.

    Cassidy, 25, berkata pemergian kekasihnya itu menyebabkan banyak perubahan pada dirinya malah kini dia mengakui emosinya juga terganggu.

    Pempengaruh berasal dari Florida itu meluahkan segala perasaannya itu menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

    “Saya mengucapkan terima kasih atas semua kata-kata baik dan cinta yang telah diberikan kepada saya.

    “Saya merasa benar-benar kehilangan dalam beberapa hari terakhir ini dan rasa macam semuanya mimpi,” katanya menerusi Instagram.

    Memetik laporan mStar, meskipun mendapat dorongan semangat dalam kalangan peminat namun Cassidy meminta orang ramai memberikannya ruang untuk dia kembali mencari kekuatan semula.

    “Saya memohon dan berdoa agar awda memberi saya ruang untuk menghadapinya secara peribadi,” ujarnya.

    Menurut Cassidy, Liam Payne merupakan individu paling penyayang yang pernah mewarnai hidupnya malah dia menyesal kerana meninggalkan kekasihnya itu sendirian di Argentina. – Agensi

    Cassidy terganggu emosi sebab terlalu rindukan Liam. – rollingstone.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda