Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kate dilihat keluar membeli-belah bersama William

    LONDON, 19 MAC – Media Britain kelmarin telah menyiarkan gambar baharu Catherine, Puteri Wales, seminggu selepas kekecohan mengenai gambar yang disunting bertukar menjadi ‘krisis PR’.

    Tabloid British, The Sun menerbitkan video dan gambar Kate, 42, yang tersenyum, berjalan bersama suaminya, Putera William, di pasar tani di Windsor, barat ibu kota London.

    “Gembira bertemu dengan awak Kate,” kata The Sun pada petang kelmarin, bersama gambar puteri yang memakai seluar legging dan berpakaian warna hitam.

    Kate menjadi tumpuan minggu lalu selepas dia mengaku menyunting potret rasminya bersama tiga anaknya yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham pada Ahad.

    Ia berlaku selepas Kate tidak dilihat pada acara awam sejak menghadiri upacara di gereja sempena Hari Krismas dan menjalani pembedahan perut pada Januari, mencetuskan spekulasi mengenai kesihatannya.

    Gambar yang disunting itu mencetuskan pelbagai spekulasi ketika media berusaha untuk mengeluarkan gambar tersebut dan bukannya meredakan kebimbangan mengenai kesihatannya.

    Kate meminta maaf tetapi menghadapi kritikan walaupun dari media yang biasanya menyokong.

    Media British berkata gambar baharu itu diambil pada Sabtu semasa keluar membeli-belah. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda