Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Katrina Kaif dapat hadiah kahwin mewah

    Pasangan selebriti terkenal Bollywood iaitu Katrina Kaif dan Vicky Kaushal menerima banyak hadiah barangan mewah daripada rakan-rakan sempena perkahwinan mereka.

    Menurut laporan Geo.TV, pasangan ini menerima kereta mewah jenama Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada bekas kekasih Katrina dan sahabat baiknya iaitu Salman Khan. Bukan itu sahaja, Katrina turut menerima rantai bertatah berlian bernilai RM1.5 juta daripada Ranbir Kapoor.

    Malah, aktor Hrithik Roshan juga dilaporkan memberi hadiah berupa sebuah kereta jenama BMW G310 R.

    Jirannya yang juga pasangan selebriti Anushka Sharma dan Virat Kohli pula menghadiahkan sepasang anting-anting bernilai RM35,000.

    Katrina dan Vicky disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat pada 9 Disember lalu. – Agensi

    Katrina Kaif dan Vicky Kaushal menerima banyak hadiah barangan mewah daripada rakan-rakan sempena perkahwinan mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda