Kaunter bayar air di Bangunan Pejabat Daerah Tutong ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama penduduk Daerah Tutong bahawa kaunter pembayaran bil air yang terletak di Bangunan Pejabat Daerah Tutong akan ditutup dan berhenti menerima pembayaran mulai hari ini (27 November 2019).

Oleh yang demikian, JKR dalam kenyataannya menyatakan, pembayaran bil air bagi Daerah Tutong boleh dibuat di Kaunter Pembayaran JKR cawangan Tutong, Kampung Serambangun, pejabat-pejabat pos dan bank-bank (Bank Islam Brunei Darussalam, Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered).

JKR memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.