BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Jabatan Perkhidmatan Elektrik memaklumkan orang ramai bahawa semua kaun-ter pembayaran dan kaunter pembelian token meter prabayar akan ditutup pada 1 dan 2 Disember ini sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, kaunter-kaunter akan beroperasi semula seperti biasa pada 4 Disember.
Dalam hal ini, pihak jabatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.