BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran caruman di cawangan Ibu Pejabat TAP, Bangunan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan Kianggeh akan ditutup pada Jumaat ini (30 Jun) bagi penutupan setengah tahun pihak bank.
Bagaimanapun, kaunter perkhidmatan, kaunter pertanyaan, kiosk e-Info TAP, perkhidmatan dalam talian e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa.
Perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat TAPdan cawangan-cawangan TAP yang lain akan kembali beroperasi pada keesokan harinya.
Dalam hal ini, bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), caruman bagi bulan Jun hendaklah dibuat sebelum hari Jumaat, 30 Jun 2017.