Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kaunter bayaran TAP ditutup 30 Jun

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunter Pembayaran di semua cawangan TAP akan ditutup pada 30 Jun ini bagi penutupan akaun pertengahan tahun bank.

    Walau bagaimanapun, kaunter pertanyaan, pendaftaran, pengeluaran, perkhidmatan dalam talian e-Amanah, e-Amanah Pitstop, Kiosk e-Info TAP dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut.

    Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi bulan Jun bolehlah dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 30 Jun.

    Perkhidmatan kaunter pembayaran bagi cawangan Ibu Pejabat TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Julai dan bagi cawangan Belait, Tutong dan Temburong pada 2 Julai.

    Sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...