Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Kaunter-kaunter perkhidmatan di Farmasi Pesakit Luar Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan dikurangkan mulai hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa masa operasi adalah dari pukul 7:45 pagi hingga 4:30 petang.
Ini adalah bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan pihak farmasi dapat memberikan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan secara berterusan selaras dengan pelan kelangsungkan perniagaan (BCP) Farmasi Pesakit Luar. Sehubungan dengan itu, masa menunggu bagi pengambilan ubat dijangka akan meningkat.
Oleh yang demikian, orang ramai digalakkan untuk menggunakan penghantaran ubat ke rumah melalui ejen yang dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan masa menunggu yang lama.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan boleh dirujuk dan dimuat turun di laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn
Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah ini adalah sangat-sangat dihargai.