Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter Jabatan Buruh dibuka 2 Julai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter perkhidmatan di ibu pejabat dan cawangan Kuala Belait akan dibuka semula bermula 2 Julai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, waktu perkhidmatan akan dibuka dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:45 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Selain itu Jabatan Buruh turut memaklumkan bahawa perkhidmatan drop-box akan dihentikan bermula pada tarikh tersebut.

    Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sebarang permohonan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di Jabatan Buruh hendaklah menghadapkan borang permohonan berserta dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

    Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.labour.gov.bn.

    Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi jabatan melalui e-mel info.buruh@buruh.gov.bn atau talian 2380 256/ 2381 907/ 2383 905/ 2383 006 bagi ibu pejabat; dan 3331 549 bagi cawangan Daerah Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda