Oleh Salawati Haji Yaha
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan orang ramai bahawa kaunter bil air di Daerah Tutong mula dibuka secara walk-in pada hari ini.
Kaunter bil air berkenaan dibuka setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan terhad kepada 30 pelanggan sehari manakala pada Sabtu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10:30 pagi dan terhad kepada 20 pelanggan sahaja.
Manakala itu, pembayaran bil air dan gas juga boleh dibuat secara dalam talian oleh pelanggan melalui aplikasi mudah alih atau mesin CDM bagi pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered.