Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter JPD beroperasi waktu pagi sahaja hari ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan kaunter pembayarannya hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja esok (31 Disember) dan akan ditutup pada sebelah petangnya.

    Penutupan tersebut adalah disebabkan Penutupan Akhir Tahun Kewangan Bank 2020, jelas JPD dalam kenyataan yang dikeluarkan. Kenyataan menyatakan bahawa cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong; Pejabat Lama JPD, Gadong dan Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD, Sungai Akar akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi, manakala itu, cawangan JPD Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dibuka dari 8 pagi hingga 10:30 pagi.

    Semua perkhidmatan kaunter JPD dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) di cawangan JPD Daerah Tutong dan Temburong akan kembali beroperasi seperti biasa pada 4 Januari, dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    JPD dalam kenyataan itu memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda