Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) memaklumkan orang ramai bahawa semua kaunter perkhidmatannya akan ditutup pada sebelah petang 31 Disember nanti.
Penutupan berkenaan adalah disebabkan penutupan akaun bank bagi akhir tahun 2022.
JPD menyatakan bahawa semua kaunter perkhidmatan di Ibu Pejabat, Gadong, Pejabat Lama JPD Gadong dan Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar, Sungai Akar, Daerah Brunei dan Muara; cawangan JPD, Daerah Tutong; cawangan Daerah Belait serta cawangan Daerah Temburong akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi sahaja pada hari tersebut.