BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Berikutan dengan penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan penutupan sementara semua kaunter perkhidmatan JPD pada setiap Jumaat mulai 20 Mac ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan JPD, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam JPD di talian 2451979/80/81 sambungan 111 semasa waktu pejabat atau e-mel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.
JPD dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan oleh penutupan tersebut.