Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter JPD tutup sebelah petang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan bahawa disebabkan Penutupan Tahun Kewangan 2020/2021, maka semua kaunter perkhidmatan dan pembayaran JPD hanya dibuka sebelah pagi sahaja pada 31 Mac.

    Kenyataan menyatakan bahawa cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong, Pejabat Lama JPD Gadong, Daerah Brunei dan Muara, Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD, Sungai Akar, Cawangan JPD Daerah Tutong, Cawangan JPD Daerah Kuala Belait dan Cawangan JPD Daerah Temburong dibuka pada pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi.

    Semua kaunter perkhidmatan dan pembayaran JPD akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 1 April.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda