Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter pembayaran air ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kaunter Perkhidmatan Pemedulian Pelanggan dan Pembayaran di Jabatan Perkhidmatan Air, Tasek Lama akan ditutup pada 29 Ogos ini bermula jam 1:30 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai bahawa penutupan itu adalah disebabkan bagi kerja perlaksanaan One Government Network (OGN) Modernization di mana rangkaian Internet di jabatan berkenaan akan terjejas sepanjang kerja tersebut dilaksanakan.

    Kaunter-kaunter akan dibuka semula pada 31 Ogos ini.

    Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Instagram @jkrbrunei atau melalui Facebook, Jabatan Kerja Raya Brunei Darussalam.

    Pembayaran bil air dan gas juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi bagi pengguna BIBD, Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda