Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter pembayaran JPD dibuka setengah hari 30 Jun ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan orang ramai bahawa disebabkan penutupan pertengahan tahun kewangan bank 2020 pada 30 Jun, semua perkhidmatan kaunter pembayaran JPD hanya dibuka pada sebelah pagi, 30 Jun ini.

    JPD dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa waktu-waktu operasi bagi Cawangan Ibu Pejabat JPD, Gadong; Pejabat Lama JPD, Gadong, Daerah Brunei Muara dan Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD, Sungai Akar serta cawangan-cawangan JPD Daerah Tutong, Kuala Belait dan Daerah Temburong adalah dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran JPD akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 1 Julai nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda