Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter pembayaran di semuacawangan TAP akan ditutup pada 30 Jun, sempena penutupan kewangan setengah tahun bank.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran, perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah iaitu www.tap.com.bn serta Kiosk e-Info TAP akan beroperasi seperti biasa pada 30 Jun.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, di sini, bagi caruman Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran bagi Jun boleh dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 30 Jun.
Perkhidmatan kaunter pembayaran bagi kesemua cawangan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Julai.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 atau melalui e-mel, ask@tap.com.bn semasa waktu bekerja.
Bagi mengetahui perkembangan terkini, mereka boleh mengikut akaun media sosial TAP melalui Facebook atau @TAP_brunei di Instagram.
