Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaunter pembayaran TAP ditutup 29 Jun

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Perkhidmatan kaunter pembayaran cawangan Ibu Pejabat TAP, di Bangunan PGGMB Bandar Seri Begawan akan ditutup pada 29 Jun bagi penutupan setengah tahun kewangan bank bagi tahun 2024.

    Tabung Amanah Pekerja (TAP) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan perkhidmatan kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran, perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah www.tap.com.bn dan kiosk e-Info TAP akan terus beroperasi seperti biasa.

    Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi Jun bolehlah dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 30 Jun. Perkhidmatan kaunter pembayaran bagi cawangan Ibu Pejabat TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 Julai.

    Pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan dan menyesali sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 atau melalui e-mel, ask@tap.com.bn semasa waktu bekerja.

    Untuk mengetahui perkembangan terkini, ikuti laman media sosial TAP melalui Facebook atau @TAP_Brunei melalui Instagram.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda