Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Kaunter-kaunter pembayaran di kesemua cawangan Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan ditutup 1 petang pada 31 Disember ini bagi urusan penutupan akaun akhir tahun pihak bank.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, hari ini, perkhidmatan kaunter pertanyaan, pendaftaran dan pengeluaran, perkhidmatan Kiosk e-Info TAP, perkhidmatan dalam talian e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP akan terus beroperasi seperti biasa pada hari tersebut.
Manakala bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), caruman bagi bulan Disember 2022 hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 Disember ini.
Sementara itu, perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 3 Januari 2023.
Pihak TAP turut menyatakan sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan menghargai kerjasama yang diberikan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel ask@tap.com.bn.


