BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan bahawa semua perkhidmatan kaunter di kesemua cawangannya hanya akan dibuka setengah hari (pagi sahaja, dari 8 pagi hingga 11 pagi) pada 30 Disember ini dan ditutup pada 1 Januari 2018.
Penutupan setengah hari berkenaan adalah disebabkan penutupan akaun akhir tahun bagi bank-bank di Negara Brunei Darussalam manakala itu, penutupan pada 1 Januari adalah sempena cuti Tahun Baru 2018.
Kaunter perkhidmatan akan beroperasi semula seperti biasa pada 2 Januari 2018.
Jabatan Perkhidmatan Pos dalam kenyataannya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.