Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kawal emosi berpandukan iman, amal soleh

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah menuju ke Madinah perlu dijadikan iktibar dan pengajaran dalam tuntutan penghijrahan ke arah yang baik atau yang lebih baik.

    Begitu juga dengan kehidupan kita yang inginkan kesejahteraan dan keselesaan maka kesungguhan dan keazaman menuju ke arah tersebut perlu ada.

    Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling di Kementerian Pendidikan, Haji Sammali bin Haji Adam menjelaskan perkara tersebut semasa menyampaikan ceramah Hijrah pada Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 anjuran Persatuan Nurul Islam dengan Bahagian Pembangunan Mualaf di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Beliau menambah, kadang-kadang dalam usaha untuk mencapai perubahan, manusia pasti akan menghadapi cabaran dan rintangan.

    “Namun, cabaran tersebut akan dapat diatasi dengan cara menjaga hubungan dengan Allah SWT,” jelasnya.

    “Tanpa adanya kawalan emosi yang berpaksi kepada iman dan amalan soleh menjadi punca penyebab berlakunya gangguan kesihatan mental, dan kesihatan mental adalah suatu perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan dalam masyarakat,” tekannya.

    Haji Sammali semasa menyampaikan ceramahnya. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir ke majlis di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda