Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kawal nafsu, jangan boros!

    Musim bonus sering kali dinanti-nantikan oleh ramai pekerja sebagai peluang untuk menambah pendapatan kerana ia memberi sedikit tambahan kewangan selepas setahun berhempas pulas bekerja.

    Namun, saya ingin mengingatkan pembaca agar berbelanja mengikut kemampuan dan tidak terbawa-bawa dengan nafsu membeli semata-mata kerana adanya wang lebih.
    Kita perlu bijak merancang kewangan agar bonus yang diterima dapat dimanfaatkan secara berhemah.

    Pada musim bonus ini, elakkan membeli barang-barang yang tidak perlu dan menambah hutang. Walaupun godaan untuk membeli barangan berjenama atau melakukan pembaziran memang besar, kita harus mengutamakan komitmen yang lebih penting dahulu.

    Gambar Freepik

    Gunakan sebahagian bonus untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak atau menambah simpanan sebagai persediaan masa depan.

    Ramai yang sering terlupa bahawa bonus bukanlah wang yang berterusan. Ia hanya pendapatan setahun sekali yang perlu diuruskan dengan baik. Oleh itu, sebelum berbelanja, buatlah senarai perkara yang benar-benar perlu dan sesuaikan dengan bajet yang ada.

    Kita perlu ingat, berbelanja dengan bijak adalah tanda kematangan kewangan yang patut diterapkan dalam diri setiap individu, tidak kira pada musim bonus atau bila-bila masa sahaja.

    Wang Matussin

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...