Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kawal pemakanan jaga kesihatan

    Trend perkongsian resipi dan makanan baharu yang tular dalam media sosial dilihat semakin berleluasa.

    Walaupun tidak kurang juga yang mempromosikan produk makanan sihat, terlalu banyak juga produk makanan berkalori tinggi, berminyak dan tinggi kandungan garamnya.

    Sebenarnya tiada istilah ‘makan selagi boleh’ atau ‘makan apa saja selagi masih muda’.

    Sudah ramai pesakit kencing manis, darah tinggi dan masalah kolesterol terdiri daripada kalangan orang muda.

    Penyakit obesiti turut dihidapi pelajar sekolah rendah ketika ini.

    Gambar Freepik

    Perkara itu sangat membimbangkan kerana ia akan mengurangkan kualiti hidup dan menambah beban kos rawatan kelak.

    Ibu bapa perlu bijak memilih makanan yang sihat dan sekolah juga perlu memantau jualan di kantin bagi memastikan pelajar mengambil makanan berkhasiat.

    Inisiatif dari Pusat Promosi Kesihatan Brunei melalui Langkah GLOW (Growing, Learning, Optimising towards Better Well-being in Schools) amat dipuji kerana kesihatan perlu bermula sedari kecil.

    Antara isi program adalah cara memilih pemakanan yang sihat.

    Para pembaca digalakkan berhati-hati ketika memilih makanan.

    Makanan tinggi gula, garam, minyak dan pewarna perlu dikurangkan.

    Sebagai contoh, nasi katok kambing yang bercampur minyaknya, perlu ditapis dahulu sebelum dihidang.

    Ulam atau sayuran seperti timun atau salad boleh dihidang bersama supaya ia menjadi lebih seimbang.

    Air teh boba yang sememangnya manis kerana kandungan gulanya yang tinggi, boleh diminta untuk dikurangkan gulanya semasa membuat pesanan.

    Jamuan di sekolah yang lazim dihidangkan seperti kuih atau kek yang manis juga boleh digantikan dengan pelbagai buah-buahan.

    Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita mengawal pemakanan di samping mengamalkan gaya hidup sihat seperti selalu bersenam agar kesihatan kita terjaga dan dipelihara.

    JagaMakan

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...